
ZAYYAD EVENT MANAGEMENT menawarkan perkhidmatan pengurusan acara. Perkataan “Zayyad” iaitu sempena nama syarikat ini telah diambil dari perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud “Semakin Bertambah”. Zayyad Event Management dikemudikan oleh beberapa orang pegawai yang berpengalaman dalam bidang pengurusan acara dan juga beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan.